Sagu ditanam secara estet

0

BOLEH TAHAN: Taib mencuba gula yang dihasilkan daripada sagu ketika majlis perasmian Simposium Sagu ASEAN Kedua di UNIMAS semalam. Turut kelihatan Khairuddin (tengah) dan Prof Dr Kopli Bujang iaitu ketua penyelidik Fakulti Sains dan Teknologi Sumber UNIMAS.

Ia akan diperluas dalam usaha jadikan Sarawak pengeluar sagu yang efektif, ekonomik

KOTA SAMARAHAN: Pe-nanaman sagu secara estet di negeri ini akan diperluaskan dalam usaha menjadikan Sarawak sebagai pengeluar sagu yang benar-benar efektif serta ekonomik.

Ketua Menteri Pehin Sri  Abdul Taib Mahmud berkata bagi tujuan itu kerajaan negeri telah memperuntukkan 100 ekar tanah di bahagian Mukah untuk dibangunkan sebagai  estet eksperimen.

Estet eksperimen itu katanya akan dikendalikan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan penyelidikan dan pembangunan sagu dilaksanakan secara intensif untuk me-ngetahui sama ada tanaman itu dapat ditanam secara estet atau sebaliknya.

“Kita di Malaysia memfokus kepada tanaman yang cepat mengeluarkan hasil menerusi kaedah saintifik dan jimat kos. Itulah yang menjadikan kelapa sawit sangat popular.

“Saya rasa sagu juga dapat dibangunkan menerusi kaedah ini melalui penyelidikan dan pembangunan.

“Salah satu eksperimen kita di Mukah (100 ekar) untuk melihat sama ada sagu dapat ditanam secara estet,” katanya.

Beliau berkata demikian ketita berucap merasmikan Simposium Sagu ASEAN Kedua yang diadaan di Dewan Delima, DeTar Putra, UNIMAS, semalam.

Taib berkata menerusi estet eksperimen itu sistem peng-urusan air, pengangkutan dan penuaian sagu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa me-mandangkan tiga aspek itu amat penting dalam sektor penanaman sagu secara komersial.

Menurutnya dalam konteks Sarawak, aspek penanaman sagu secara lebih saintifik perlu diberi tumpuan bermula de-ngan mendapatkan baka baik sehingga proses penuaian.

“Kaedah mendapatkan tenaga buruh yang mempunyai produktiviti tinggi harus dilakukan secara saintifik.

“Pada masa sama kita cuba melihat bagaimana penanaman sagu dapat disebarluaskan de-ngan menggunakan kawasan yang tidak produktif untuk komersial dibangunkan dengan sagu.

“Saya rasa kawasan ditanam dengan sagu di Sarawak dapat digandakan di kawasan Saratok dan Melanau dengan meng- gunakan tanah pinggiran di ne-geri ini yang tidak ditanam kelapa sawit,” ujarnya.

Justeru beliau menggesa para penyelidik memulakan penyelidikan dan pembangunan sagu seawal mungkin dalam usaha membolehkan Sarawak mengeluarkan produk sagu lebih ba-nyak pada masa akan datang.

Menurutnya ketika ini sagu bukan lagi menjadi makanan ruji penduduk beberapa kawa-san di negeri ini tetapi diproses untuk menghasilkan kanji yang digunakan sebagai bahan utama bagi mengeluarkan produk-produk lain yang mempunyai nilai tambah lebih tinggi.

Beliau berkata perkemba-ngan penyelidikan sagu sangat penting kerana ia adalah usaha awal untuk menambah bahan-bahan makanan pada sama akan datang dan memenuhi permintaan sagu yang semakin bertambah.

“Disebabkan itu potensi untuk menggandakan lagi sumber bekalan sagu sangat cerah.

“Atas alasan itu kita di Sarawak melihat sagu sebagai tanaman yang harus diberi fokus menerusi estet eksperimen ini sama ada  boleh atau tidak keluasan kawasan tanaman sagu di Sarawak lebih-lebih lagi ka-wasan Melanau dan bahagian Saratok,” ujarnya.

Mengenai simposium yang berlangsung selama tiga hari itu (29-31 Oktober 2012) Taib percaya para peserta mem-    bincangkan kaedah untuk mensistematikkan penyeli-dikan serta hasil kajian sagu antara negara terlibat seperti Indonesia, Filipina, Malaysia dan Papua New Guinea.

“Saya harap pada simposium yang seterusnya (ketiga), bidang perbincangan akan diperluaskan lagi dan mendapatkan gambaran lebih jelas bagaimana sagu boleh menjadi tanaman utama pada masa akan datang.

“Terima kasih kepada Institut Pertanian Bogor dan per-wakilan daripada Persatuan Makanan dan Pertanian (FAO) daripada Pejabat Wilayah di Thailand kerana atas usaha mereka simposium ini dapat dijalankan untuk kali kedua,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Datu Dr Hatta Solhi, Naib Canselor UNIMAS Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Simposium Sagu ASEAN Kedua Prof Madya Dr Hairul Azman Roslan, Ke-tua Pengarah Eksekutif (CEO) CRAUN Research Sdn Bhd Malaysia, Timbalan Reaktor  (Perniagaan & Komunikasi) Institut Pertanian Bogor Indo-nesia dan Pembantu Pengarah FAO Asia Pasifik di Thailand Hideyuki Konuma.