SBC anjur persembahan Amfibia Borneo pada 9 November

0

KUCHING: Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) akan menganjurkan persembahan kesedaran awam mengenai Amfibia Borneo pada 9 November pada jam 2.30 petang di premisnya di Jalan Borneo Heights, Semenggok di sini.

Pembentangan terdiri daripada ceramah yang akan disampaikan oleh Pui Yong Mei, ahli kumpulan penyelidikan herpetofauna daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) serta paparan mini, kata SBC dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Pembentangan itu sendiri akan terdiri daripada tiga bahagian, pengenalan amfibia Borneo sebagai bahagian pertama mana-kala bahagian kedua ceramah tersebut akan menampilkan Taman Negara Gunung Mulu yang dikenali dengan kepelba-gaian spesies katak.

Dalam bahagian akhir ceramah tersebut, Pui akan membentangkan hala tuju masa depan pemuliharaan amfibia Borneo.

Paparan mini akan menampil-kan bahan berkaitan amfibia seperti  t-shirt katak, buku, setem dari seluruh dunia yang mempu-nyai gambaran katak dan beberapa katak hidup.

Pui merupakan seorang anak Sarawak yang menjalankan pe-nyelidikan termasuk sejarah semula jadi amfibia dan reptilia.

Beliau baharu sahaja menamatkan pengajian kedoktoran dan memulakan PhD di UNIMAS yang fokus kepada filogeni dan taksonomi Philautus Borneo.

Ceramah tersebut terbuka kepada orang awam semua peringkat umur dan adalah percuma.

Mereka yang ingin menghadiri ceramah tersebut boleh meng-hubungi Asha Devi Kaushal, Constance Vanessa Victor atau Hamima Marzuki di talian 082-610610 untuk mendaftar sebelum 5 November.

Selain itu, pendaftaran boleh dilakukan dengan menghantar e-mel untuk [email protected] yang mengandungi nama dan nombor telefon.