Site Last Updated 1:31 am, Sunday

M’sia pada landasan betul basmi kemiskinan

Posted on November 3, 2012, Saturday

KUALA LUMPUR: Malaysia yakin mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) mengenai pembasmian kemiskinan menjelang 2015, kata wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hussein Haniff.

Hussein berkata, ini di-sebabkan penurunan kadar kemiskinan dalam negara serta pengenalan program 1AZAM yang menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar.

“Pada 2009, kadar kemis-kinan di Malaysia menurun kepada 3.8 peratus daripada 16.5 peratus pada 1990. Sejak 2010, lebih 90,043 ke-luarga berpendapatan ren- dah mendapat manfaat daripada program antikemiskinan 1AZAM.

“Kemajuan yang diperoleh dalam mencapai MDG telah menggalakkan Malaysia untuk terus membaiki bidang-bidang utama pembangunan yang lain dalam kalangan penduduk luar bandar melalui pelaksanaan tindakan dasar yang berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya mengenai Agenda 21: Pelaksanaan hasil daripada Persidangan PBB mengenai Petempatan Ma-nusia (Habitat II) dan me-ngukuhkan Program Pe-      tempatan Manusia PBB (Ha-bitat I) pada mesyuarat jawatankuasa kedua Perhimpuman Agung PBB ke-67 di New York pada Khamis.

Teks ucapan beliau dike-luarkan di sini semalam.

Hussein berkata Malaysia juga telah memperkenal Program Bantuan Perumahan untuk menyediakan 50,000 rumah baharu dan dibaik pulih untuk penduduk miskin dan miskin tegar dalam usaha membasmi kemiskinan ban-dar menjelang 2013.

Beliau menyatakan harapan agar UN-Habitat, Program Petempatan Manusia PBB akan terus mengenal pasti dan berkongsi perancangan pembangunan inovatif bandar dan pendekatan serta amalan pengurusan yang responsif kepada cabaran global yang muncul seiring dengan pertumbuhan pesat bandar.

“Kami akan terus memberi sokongan kepada Pelan Separuh Penggal Strategik dan Institusi bagi 2008-2013 dan operasi pembiayaan sebagai menyokong pembangunan perumahan miskin dam pembangunan bandar.

“Kami juga berharap pelan ini akan memberikan rangsangan yang diperbaharui untuk menyelaras pelaksanaan Agenda Habitat dan membaiki keadaan kehidupan golongan miskin bandar,” katanya.

Hussein berkata Malaysia kekal komited terhadap melaksanakan tanggungjawab antarabangsanya bagi mencapai pembangunan mapan.

“Dengan sokongan negara-negara maju dan membangun melalui pertukaran idea dan ilmu antara negara-negara, kami akan terus berusaha menyediakan suasana kehidupan yang selamat dan mapan untuk penduduk,” katanya. — Bernama

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.