AES mampu kurangkan kemalangan maut

0

HULU TERENGGANU: Ja-batan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mampu mengurangkan jumlah kemalangan maut dan kerugian yang ditanggung kerajaan akibat kemalangan di jalan raya.

Timbalan Ketua Pengarah-nya, Datuk Ismail Ahmad berkata sepanjang tempoh tahun lalu, 6,877 orang maut dalam 500,000 kes kemalangan jalan raya di seluruh negara menye-babkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM9 bi-lion.

“Pihak berkuasa telah me-lakukan kajian dan analisis terperinci di sekitar 831 kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi maut sejak lima tahun lalu sebelum AES dilaksanakan.

“Justeru, rakyat usah khuatir dan jangan menganggap sistem ini menyusahkan mereka, sebaliknya inilah antara usaha menyelamatkan mereka dari terus menjadi korban nahas jalan raya,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Kuala Telemong di sini semalam. — Bernama