Site Last Updated 11:26 pm, Thursday

Geran pelancaran taska harus dikaji

Posted on November 5, 2012, Monday

BINTULU: Kerajaan harus mengkaji semula pemberian geran pelancaran taska yang dilihat agak sedikit serta kurang membantu penguasahanya menampung kos operasi terutama di kawasan yang mempunyai kos taraf hidup yang tinggi.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Bintulu Zaiedy Nor Abu Nasir berkata geran RM10,000 yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk pelancaran sesebuah taska sebenarnya tidak mencukupi.

Katanya, kita berharap kerajaan dapat mengkaji semula bantuan geran itu terutamanya untuk membantu operasi taska sederhana.

Zaiedy merujuk mengenai bebanan yang terpaksa ditanggung pengusaha taska di Bintulu dengan kos taraf hidup tinggi berbanding dengan Kuala Lumpur termasuk bantuan yang wajar kepada ibu bapa menghantar anak-anak mereka di taska.

Beliau berkata, untuk menggerakkan operasi taska bukan murah memandangkan antara syarat yang ditetapkan oleh kerajaan ialah pengusaha perlu mendapatkan rumah jenis separa berkembar (Semi D) atau banglo untuk mewujudkan premis taska dengan sewa bulanannya yang mahal.

“Kalau untuk pengusaha taska di Bintulu sewa bulanan bangunan rumah itu ada yang mencecah RM1,000 hingga RM1,200 sebulan yang dilihat amat membebankan,” jelasnya merujuk mengenai pengalamannya membantu seorang pengusaha mendaftar taska baharunya di sini.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Hari Keluarga Taska Permata Kasih 2012 di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Justeru katanya, pengusaha taska di Bintulu yang ingin mendapatkan bantuan diminta untuk membuat laporan kepada Pejabat Ahli Parlimen Bintulu untuk diteliti dan dikaji dari segi kelemahan dan kelebihannya sebelum dibawa ke peringkat atasan.

Begitupun, beliau mengharapkan agar ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang ke taska agar tidak terlalu berkira mengenai yuran bulanan yang dikenakan oleh pihak taska kerana pengusaha perlu  menampung kos operasinya melainkan yuran tersebut terlampau mahal.

“Bukan sesuatu yang mudah untuk pengasuh menjalankan tugas mereka membimbing anak-anak kita di sebuah taska, lebih-lebih lagi kalau di rumah ibu bapa sendiri mungkin tidak sempat untuk melakukan tugas itu kerana masing-masingnya bekerja,” katanya.

Disebabkan itu, ibu bapa tidak harus cepat melenting sekiranya anak-anak di bawah asuhan taska dimarahi oleh pengasuh memandangkan untuk mendidik dan membimbing anak-anak yang ramai di taska bukan sesuatu yang mudah.

Turut hadir Pemanca Rosli Kamaruddin, Penghulu Chabi Nangup dan ketua-ketua jabatan di sini.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.