Tiada pemandu teksi tercicir terima BT1M: Wan Jau

0

1MALAYSIA: Wan Jau (empat kiri) bersama Ting (tengah) serta pemandu teksi Miri menunjukkan baucar BT1M yang diterima di Pejabat SUPP Miri, petang semalam.

MIRI: Tiada pengusaha teksi di sini yang tercicir menerima baucar Bantuan Tayar 1Malaysia (BT1M), kata Pengerusi Persatuan Teksi Miri (PTM) Wan Jau.

Beliau berkata, kebimba-ngan yang dirasai ramai ahli sebelum ini telah ‘terubat’ setelah ramai yang menerima baucar berkenaan.

Beliau yang yang mewa-kili ahli-ahli PTM berteri-ma kasih kepada kerajaan dan memastikan semua ahli mendapat manfaat daripada bantuan itu.

“Kita akan memastikan tiada ahli tercicir mendapat bantuan ini. Kita berharap ini bukan bantuan yang terakhir dan berharap bantuan ini akan diberikan setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menemani seramai 56 ahli menerima baucar berkenaan daripada Setiusaha Politik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Sebastian Ting di Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini petang semalam.

Wan juga berterima kasih kepada Ting, Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) atas keprihatinan mereka terhadap kebajikan pemandu teksi di sini.

Ting memberitahu, beliau telah menerima sebanyak 193 permohonan di mana seramai 177 pemandu teksi telah menerima baucar itu.

“Dua minggu lalu, kita menerima lima permohonan baharu untuk bantuan ini menjadikan jumlah semua permohonan yang kita terima ialah seramai 198 orang. Tarikh tutup permohonan telah dilanjutkan sehingga penghujung bulan ini,” jelasnya.

Selain pengusaha teksi, seramai lapan pengusaha keta sewa di sini juga menerima bantuan tersebut semalam.

Mereka merupakan antara lebih 60,000 pemandu teksi di seluruh negara yang menerima baucar RM520 untuk menggantikan empat tayar di bawah inisiatif program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).

Program bantuan TR1Ma dilahirkan daripada cetusan buah fikiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin dengan masalah dihadapi pemandu teksi termasuklah penyelenggaraan yang kian meningkat turut menggugat keselamatan serta keselesaan penumpang teksi.

TR1Ma diperkenalkan sebagai inisiatif menyeluruh bagi membantu pemandu teksi, sekali gus menaik taraf perkhidmatan teksi di Malaysia di mana BT1M merupakan program pertama yang dilancarkan di bawah TR1Ma.

Antara program lain yang bakal dilancarkan di bawah TR1Ma termasuk insurans berkelompok serta khairat dan duta teksi yang diharap dapat memperbaiki mutu perkhidmatan teksi selain meningkatkan persepsi dan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan teksi.