Site Last Updated 5:22 pm, Thursday

Kanak-kanak dilarikan bersama kereta bapanya ditemui selamat

Posted on November 7, 2012, Wednesday

SIBU: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang dilarikan bersama sebuah kereta Toyota Wish oleh pencuri, terselamat selepas dia ditemui kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.00 malam, sepasang suami isteri telah meninggalkan seorang anak lelaki mereka yang sedang tidur di dalam kereta dengan keadaan enjin yang masih hidup ketika menziarahi rumah saudara mereka di hadapan pusat beli-belah Sing Kwong di sini kira-kira jam 8.00 malam kelmarin.

Menurut laporan, ibu bapa mangsa dikatakan meletakkan kereta mereka di luar pagar rumah untuk menjenguk saudara mereka di situ selama tiga hingga empat minit.

Ayah mangsa yang berusia 43 tahun hanya sempat melihat sebuah kereta Toyota Wish berwarna putih berhenti dekat kereta mereka sebelum keretanya dilarikan dari situ.

Pasangan suami isteri tersebut yang tergamam dan bimbang memikirkan anak lelaki mereka turut dilarikan terus menghubungi polis mengenai kejadian itu.

Mereka bernasib baik selepas anak mereka ditemui ditinggalkan oleh pencuri di tepi jalan setengah kilometer dari tempat kejadian tidak lama kemudian.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang lelaki berketurunan Iban mati selepas dipercayai terminum sejenis racun rumput di sebuah rumah panjang di Pasai Siong dekat sini awal pagi kelmarin.

Mangsa yang berusia 27 tahun dikatakan mabuk sebelum kejadian digegaskan ke Hospital namun tidak dapat diselamatkan selepas disahkan meninggal dunia setiba di Unit Kecemasan dan Trauma.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.