Tun Salahuddin hadiri Mesyuarat Raja-Raja Ke-230

0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin menghadiri Mesyuarat Raja-Raja Ke-230 di Istana Negara Kuala Lumpur, semalam.

Mesyuarat pada hari terakhir ini dipengerusikan oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan dihadiri kesemua Raja-Raja Melayu kecuali Pahang yang diwakili oleh Tengku Mahkota, Perak oleh Pemangku Sultan, Johor diwakili oleh Tengku Mahkota Johor.

Kehadiran Raja-Raja Melayu itu diiringi oleh Menteri Besar masing-masing kecuali Kelantan diwakili oleh Timbalan Menteri Besar.

Di samping itu, mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh kesemua Yang di-Pertua Negeri terdiri daripada Sarawak, Pulau Pinang, Melaka dan Sabah dengan diringi oleh Ketua Menteri masing-masing kecuali Sarawak Ketua Menteri diwakili oleh Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Mesyuarat ini turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong dengan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.