Bekalan elektrik terputus jejas kepentingan rakyat

0

KUCHING: Kejadian bekalan elektrik yang selalu terputus menjejaskan kepentingan dan kualiti hidup rakyat untuk menikmati bekalan elektrik yang stabil di negeri ini.

Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Chong Chieng Jen memberitahu, berhubung kejadian yang berlaku di bandar raya Kuching pada Ahad lepas, beliau sudah menjalankan siasatan dan mendapati bukan sahaja Syarikat SESCo Berhad (SESCo) bertanggungjawab tetapi juga kerajaan negeri.

“Insiden bekalan elektrik terputus menjejaskan semua bandar besar.

“Menurut sumber, SESCo sepatutnya ada pelan induk bagi tempoh 10 tahun, rancangan strategik berhubung pengukuhan dan pengembangan bekalan elektrik untuk mengkaji dan merangka rancangan ekoran permintaan tenaga yang semakin meningkat sejak sekian lama,” katanya.

Beliau menambah SESCo dikatakan memiliki prosedur standard di mana loji tenaga simpanan dapat membekalkan bekalan elektrik dengan konsisten jika loji utama tertutup atau apabila kabel utama terputus.

Menurutnya, perancangan terakhir dibuat pada 1997 sehingga sekarang.

Chong juga meminta SESCo dan kerajaan negeri menjelaskan kenapa rancangan pengukuhan dan pengembangan bagi Kuching tidak ada sejak rancangan terakhir dibuat pada 1997.

“Kita dimaklumkan dana yang disalurkan bagi rancangan pengukuhan dan pengembangan telah digunakan untuk projek membina empangan.