Bintang Kecil RTM Peringkat Kebangsaan 2012 Sabtu ini

0

BINTANG KECIL: Lapan peserta pertandingan Bintang Kecil RTM yang akan diadakan pada Sabtu ini.

KUCHING: Pertandingan Bintang Kecil RTM Peringkat Kebangsaan 2012 akan diadakan pada Sabtu ini di Auditorium P.Ramlee, RTM Kuching.

Pertandingan nyanyian yang akan disiarkan secara langsung pada jam 3 petang menerusi TV1 dan Sarawak FM menyaksikan sembilan bakat muda dari seluruh negara termasuk Brunei berentap.

Johan akan memenangi wang tunai RM5,000, tempat kedua RM4,000 dan tempat ketiga RM3,000.

Para pemenang turut menerima piala dan sijil.

Mereka juga akan membawa pulang komputer riba dan baucar penginapan di Hotel Merdeka Palace.

Pemenang sagu hati bakal menerima RM1,500 berserta piala dan sijil.

Pemenang Persembahan Terbaik pula akan menerima RM1,000, piala dan sijil.

Timbalan Pengarah Penyiaran Sarawak Fee Lin Chew berkata pertandingan tersebut dianjurkan sejak 1986 dengan matlamat mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian.

Peserta pertandingan terdiri daripada Fatmawati Helmi dan Nur Syuhada Afiqah dari Sarawak, Danial Chuer dan Nur Syahdina Nadiah (Sabah), Anis Natasya (Zon Timur), Nur Emilia Natasha (Zon Utara), Abdul Razzaq Muqri (Zon Selatan), Abby Norlila (Zon Tengah) dan Awangku Muhamad Nurehsan Luqman (Brunei).

Semua mereka berumur antara 10 hingga 11 tahun.