Empat budak, wanita ditahan dalam operasi banteras judi

0

SIBU: Polis di sini telah menahan empat budak bawah umur dan seorang wanita di sebuah premis yang menjalankan permainan komputer berunsur judi di sebuah premis kedai di Tingkat Dua, Jalan Permai dekat sini petang semalam.

Dalam serbuan pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Heng Kok How kira-kira jam 3.00 petang kelmarin, budak-budak belasan tahun itu dikatakan sedang berjinak-jinak bermain judi menerusi online.

Difahamkan, ‘budak-budak baharu belajar’ bermain judi terbabit sering ke premis berkenaan untuk mencuba nasib mendapatkan wang lebih walaupun mereka bermain secara kecil-kecilan.

Kesemua mereka telah diheret ke balai untuk diambil keterangan dan dilepaskan semula.

Sepuluh set komputer dan wang tunai sebanyak RM100 turut dirampas oleh polis.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka.