Kaki pancing dipelawa serta pertandingan pada 2 Disember

0

SERTAI KAMI: Ang (dua kanan) menyerahkan borang penyertaan kepada Lai sambil disaksikan oleh jawatankuasa Kelab Peman-cing Miri yang lain.

MIRI: Kaki pancing di sini dipelawa untuk menyertai Kempen Kebersihan Tebing Sungai dan Pertandingan Memancing Muara Sungai Kuala Miri anjuran Kelab Pemancing Miri (KPM) pada 2 Disember depan.

Kedua-dua program ber-kenaan akan berlangsung seawal jam 7.30 pagi hingga 11 pagi di muara Sungai Miri.

Menurut pengerusi peng-anjur Brian Ang, antara objektif utama penganjuran aktiviti adalah untuk me-ningkatkan kesedaran tentang kebersihan sungai selain mempromosikan aktiviti me-mancing.

“Tujuan penganjuran aktiviti ini adalah untuk me-ningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan di sekitar kawasan sungai, sambil memancing para peserta turut dipromosikan dengan amalan menjaga kebersihan.

“Di samping itu, aktiviti ini turut merapatkan hubungan antara kaki pancing di sini,” jelas beliau dalam sidang media yang diadakan di bilik mesyuarat Majlis Bandaraya Miri (MBM) di sini petang semalam.

Hadir sama ialah Datuk Bandar MBM Lawrence Lai Yew Son.

Katanya kempen berkenaan adalah julung kali dianjurkan bagi memberikan galakan kepada para pemancing meng-amalkan amalan menjaga kebersihan sungai di bandar raya ini.

“Justeru, diharapkan kempen ini mendapat sambutan daripada orang awam khususnya para pemancing bagi memastikan ia dapat terus dianjurkan pada masa depan,” ujarnya.

Sementara itu, Lai ber-terima kasih kepada penganjur dalam membantu MBM memastikan Miri sentiasa bersih dan hijau.

“Program sebegini bukan sahaja membantu mempromosikan bandar raya bersih, tetapi turut memberikan kesedaran awam tentang ke-pentingan bersama menjaga kebersihan sekitar.

“Selain itu, aktiviti kempen yang diselitkan dalam pertandingan ini juga perlu dijadikan contoh kepada organisasi lain sebagai langkah membantu mengekalkan imej hijau bandar raya Miri,” tambah Lai.

Mereka yang berminat mengambil bahagian dinasihati supaya mematuhi setiap peraturan pertandingan dan memastikan semua langkah keselamatan dipatuhi.

Penyertaan dibuka kepada individu yang berminat dan yuran adalah RM20 seorang.

Bagi penyertaan yang lambat akan dikenakan bayaran yuran RM30.

Borang penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 1 Disember,  jam 3 petang.

Penganjur berhak menen-tukan terma dan syarat bagi pertandingan tersebut termasuk menolak penyertaan peserta dan mengubah sebarang penyertaan yang berkaitan pertandingan tanpa notis.

Juara pertandingan akan membawa pulang wang tunai RM500, tempat ke-dua RM200, tempat ketiga RM100, tempat keempat RM50 dan kelima akan me-nerima RM30.

Setiap pemenang turut menerima peralatan pancing dan sebuah piala.

Borang atau bagi sebarang pertanyaan, mereka yang berminat boleh menghubu-ngi Chop Hock Cheong Hin Fishing Tackle di talian 016-8751558, Ek Fatt Sport Fishing Enterprise (085-431659), Tho And Son Fishing Trading (016-8703747), Soon Ming Trading & Ser-vicing Co (085-654392), X Gear Outdoor Equipment (085-413680), Rainbow Aquarium (085-4200180), Jeff Prawn Fishing Centre (019-8249536) atau My Tackles (085-657082).