Site Last Updated 10:44 am, Sunday

Paras air Sungai Baram meningkat, kawasan rendah dilanda banjir

Posted on November 15, 2012, Thursday

MARUDI: Hujan lebat yang turun sejak beberapa hari lalu terutama di Ulu Baram, Long Lama dan di kawasan Tinjar telah menyebabkan paras air di Sungai Baram meningkat mendadak dan seterusnya mulai membanjiri beberapa kawasan tanah rendah di pekan ini, sejak pagi semalam.

Tinjauan Utusan Borneo pagi semalam mendapati paras air di pekan ini semakin naik hingga mulai membanjiri laluan dan lorong-lorong di bangunan berdekatan Hotel Alisan Baru, Supermarket Lee Hong dan bangunan pasar basah yang terletak berdekatan bangunan Tua Pek Kong.

Tinjauan juga mendapati paras air banjir semakin membimbangkan di perkampungan Melayu seperti di Kampung Dagang, Kampung Narum dengan kebanyakan lantai rumah sudah dinaiki air dan keadaan ini dijangka semakin buruk dengan paras air semakin naik jika hujan masih turun di hulu sungai.

Keadaan yang sama tidak terkecuali bagi kediaman penduduk di Kampung Ridan menuju ke Pangkalan Feri Ridan, yang terletak di tanah rendah, menyebabkan ia sering berlaku banjir kilat.

Sementara itu, Pengerusi Bencana Alam merangkap Pegawai Daerah Baram Joseph Belayong semalam turut melakukan tinjauan di kawasan rendah.

Walaupun air belum sampai ke tahap berbahaya namun beliau mengingatkan penduduk supaya mulai bersiap sedia dan sentiasa berwaspada.

Beliau turut mengingatkan para ibu bapa supaya jangan membiarkan anak-anak mereka yang masih kecil bermain dengan air bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku serta mengelak daripada jangkitan penyakit bawaan air.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.

89