PPKK Sri Aman rangkul anugerah

0

SRI AMAN: Tahun 2012 telah melakar sejarah tersendiri buat Pasukan Pelindung Kanak-Kanak (PPKK) Bahagian Sri Aman apabila merangkul Anugerah Pasukan Perlindung Kanak-Kanak Terbaik 2012 sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Negeri yang berlangsung di Dataran Sibu baru-baru ini.

Sementara itu, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Sungai Asap, Kapit pula turut dipilih sebagai Pusat Aktiviti Kanak- Kanak Terbaik 2012 manakala Jawatankuasa Kanak- Kanak Daerah Serian pula dipilih sebagai Jawatankuasa Kanak-Kanak Terbaik 2012.

Ketiga-tiga PPKK ini masing- masing membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan piala.

Terdahulu, majlis penyampaian anugerah berkenaan disempurnakan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.

Hadir sama pada majlis penyampaian anugerah berkenaan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak Noriah Ahmad dan Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman Sharifah Ranimah Wan Hashim.