Kpg Penan Muslim meriah Sabtu ini

0

BINTULU: Kampung Penan Muslim Batu 10 akan meriah dengan pelbagai acara dan menjadi pusat penganjuran Program Khidmat Komuniti: Komponen Kejiranan dan Khidmat Sosial anjuran Kem Program Khidmat Latihan Negara (PLKN) Similajau bersama Pejabat Residen Bintulu.

Antara program mulai jam 7 pagi hingga 5 petang Sabtu ini termasuk senam kenyalang, derma darah, pertandingan tarik tali, gotong-royong membersih sekitar kampung, melukis mural, pertandingan mewarna, pameran hari sukarela dan Jabatan Pendaftaran serta pameran PLKN.

Aktiviti lain ialah demonstrasi masakan tradisional Penan Muslim, pertandingan karaoke dan sebagainya.

Program itu bertujuan memupuk hubungan mesra dan integrasi nasional antara pelatih PLKN dan penduduk kampung di sini.