Site Last Updated 3:24 am, Tuesday

Protem SDNU Cawangan Song ditubuh

Posted on November 17, 2012, Saturday

SIBU: Satu mesyuarat penubuhan protem Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Cawangan Song diadakan di Majlis Daerah Kapit, Song baru-baru ini.

Pada mesyuarat julung kali itu, Leo Mamba Simpang dilantik sebagai Pengerusi sementara Johnny Jugah dipilih sebagai Setiausaha sambil dibantu Charles Eli (Penolong Setiausaha I) dan Rochister Anthony Gong (Penolong Setiausaha II).

Jawatan Bendahari disandang Hillton Tajak, manakala Jezry Nuink dipilih sebagai Penolong Bendahari.

Mereka yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa ialah Penghulu Jamit Untam, Kaunselor Vincent Jugah, Augustine Gani, Kena Gendang, Slyvia Silas, Regina Giles Senin, Wil Bukit, Tony Augustine Gani, Thomas Buntang, Baji, Jarit Jamit, Kuling Abun dan Santiaga Layup.

Menurut jurucakap SDNU tersebut, tujuan penubuhan protem itu ialah mewujudkan platform untuk kaum Dayak di daerah Song supaya dapat seiring dalam mengejar kemajuan seperti kaum-kaum lain.

Selain itu, jelasnya, untuk melaksanakan pelbagai aktiviti bagi membantu masyarakat Dayak dalam pelbagai bidang seperti pelajaran, kebajikan, keusahawanan, sukan, rekreasi dan kebudayaan.

Justeru itu, protem kesatuan tersebut mengalu-alukan masyarakat Dayak di daerah Song supaya mendaftar menjadi ahli.

Borang keahlian boleh didapati daripada semua ahli jawatankuasa protem itu.

Sebarang pertanyaan lanjut diminta untuk menghubungi Johnny Jugah di talian 0135604185, Hillton Tajak (014-8852828) atau Charles Eli (0138186067).

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.