555 penerbangan Medevac, Januari 2010 hingga September 2012

0

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri mendedahkan bermula Januari 2010 hingga September 2012, Layang Layang Aerospace Sdn Bhd telah membuat sebanyak 555 penerbangan keluar Medevac (Perkhidmatan Pemindahan Perubatan atau Pemindahan Perubatan Kecemasan –EMS) daripada 745 permohonan untuk perkhidmatan itu.

Berdasarkan permohonan bertulis yang diterima oleh Jabatan Kesihatan Negeri, terdapat 217 permohonan pada tahun 2010 dan 177 permohonan telah berjaya dijalankan, membawa kepada kadar pencapaian sebanyak 81.6 peratus.

“Bagi tahun 2011, 306 permohonan telah diterima dan 233 permohonan telah dipenuhi, menyebabkan kadar kejayaan mencapai 76.1 peratus,” kata Dr Zulkifli Jantan dalam jawapan bertulis kepada The Borneo Post berhubung perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat perkhidmatan Medevac yang telah dikontrakkan.

Bagi Januari hingga September 2012, sebanyak 222 permohonan telah diterima oleh Jabatan Kesihatan Ne-geri dan hanya 145 permohonan telah dipenuhi di mana kadar pencapaian adalah hanya 65.3 peratus.

Dr Zulkifli berkata punca utama yang membawa kepada permintaan yang gagal disebabkan cuaca buruk yang tidak membenarkan mana-mana penerbangan mengambil tempat serta pertindihan permohonan yang diterima.

“Bagaimanapun, alternatif lain digunakan supaya pesakit masih dapat  dirujuk ke hospital-hospital lain termasuk menggunakan penerbangan komersial,” kata Dr Zulkifli.

Seperti perkhidmatan Medevac dari Bintulu, Dr Zulkifli mendedahkan bahawa dari Januari hingga Oktober 2012, sebanyak 21 permohonan telah dikemukakan di mana 15 permohonan telah dipenuhi, yang membawa kepada kadar pencapaian 71.2 peratus.

Bagi Bintulu, terdapat tiga kes di mana pesakit tidak berjaya diterbangkan atas sebab-sebab tertentu.

“Seorang pesakit telah meninggal dunia kerana penerbangan helikopter gagal disebabkan cuaca buruk selama tiga hari berturut-turut.

“Dua kes lain berlaku kerana keluarga enggan menerima perundingan yang diberikan oleh pihak hospital dan kedua-dua pesakit meninggal dunia di Hospital Bintulu,” kata Dr Zulkifli.

Beliau berkata data di atas telah disediakan berdasarkan borang permohonan Medevac dari tahun 2010 hingga September 2012 dan laporan dari Hospital Bintulu dari Januari hingga Oktober 2012.

Perkhidmatan doktor terbang terutama Medevac adalah susuatu yang amat diperlukan oleh rakyat Sarawak memandangkan keluasan geografi dan topografi pergunungan.