Kanak-kanak maut kereta bapa bertembung pacuan empat roda

0

PEKAN: Seorang kanak-kanak maut apabila kereta Proton Persona yang dinaiki bersama keluarganya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini semalam.

Muhammad Farish Danial Mohd Afrizal, 1, dari Felda Chini 2, Pekan cedera parah di kepala dan mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah Rompin.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintenden Yahaya Othman berkata kemalangan pada jam 11.05 pagi itu turut menyebabkan ibu kanak-kanak itu Norazura Md Idris, 27, parah dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Bapa kanak-kanak itu, Mohd Afrizal Mat Diah, 28, bersama ibu bapa Mohd Afrizal iaitu Mat Diah Awang Kechik, 62, dan Kamariah Abu Samah, 59, cedera ringan dan dirawat di Hospital Pekan untuk rawatan. — Bernama