Site Last Updated 12:20 pm, Thursday

KWSP melancarkan kempen galak pengeluaran fleksibel umur 55 tahun

Posted on November 21, 2012, Wednesday

KUALA LUMPUR: Kum-pulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan kempen bagi meningkatkan kesedaran pencarum untuk memilih pengeluaran fleksibel umur 55 tahun, bermula semalam hingga 14 Dis.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata pengeluaran secara fleksibel itu bertujuan melanjutkan simpanan persaraan mereka untuk tempoh lebih lama memandangkan purata jangka hayat rakyat Malaysia telah meningkat kepada 75 tahun.

“Ketika Malaysia menuju status negara maju menjelang 2020 dengan pencapaian memberangsangkan dalam bidang sosio-ekonomi, jangka hayat rakyat Malaysia kini bertambah baik.

“Oleh itu, pencarum KWSP dinasihat merancang simpanan persaraan dengan berhemah bagi memastikan ia mencukupi sepanjang tempoh persaraan mereka,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kempen bertemakan ‘Melanjutkan Tempoh Simpanan Persaraan Anda’ itu akan disiarkan di radio dan akhbar.

Nik Affendi berkata di bawah pengeluaran fleksibel itu, beberapa pilihan ditawarkan kepada pencarum untuk pengurusan simpanan dengan lebih baik, selain kekerapan dan amaun pengeluaran boleh ditentukan mengikut keperluan mereka.

“Pencarum boleh memilih mengeluarkan secara sebahagian, bulanan atau kombinasi kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau berkata terdapat sebilangan besar pencarum yang memilih pengeluaran penuh pada umur 55 tahun telah menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun, dan ini memberi kesan serius apabila simpanan persaraan mereka habis dengan cepat. — Bernama

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.