BN bawa perpaduan, kerjasama kukuh

0

UNTUKMU: Jacob (dua kiri) menyampaikan cenderamata kepada Mawan sambil disaksikan oleh pengerusi penganjur majlis, Alexander Asing dan tetamu kehormat lain.

Ahli parti komponen BN perlu menyokong dan menunjukkan kesetiaan kepada BN 

MARUDI: Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan yang membawa perpaduan kepada rakyat Malaysia sejak menubuhkan kerajaan 56 tahun lalu, sekali gus berjaya mengukuhkan kerjasama dan kesetiaan antara 14 parti komponen yang bernaung di bawahnya (BN).

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan berkata berikutan perpaduan dan jalinan kerjasama yang kukuh itu, maka ahli-ahli parti komponen BN juga perlu menyo-kong dan menunjukkan kesetiaan kepada BN dan parti-parti komponen BN.

“Jika kita menyokong konsep BN maka kita mesti patuh kepada BN dan bukannya menyebut untuk menyokong BN di hadapan, tetapi di belakang membenci serta memperkata sesuatu yang buruk mengenai parti-parti BN lain dan ahli-ahli mereka,” kata-nya.

Mawan yang juga Menteri Pembangunan Sosial turut menyelar tindakan segelintir ahli parti yang sengaja bertindak keluar parti dan membenci BN, semata-mata tidak puas hati kerana tidak dipilih sebagai calon pada pilihan raya mahupun tidak diberi jawatan dalam parti.

Lebih mengecewakan katanya, bila ada penyokong yang bertindak keluar parti dan berpaling kepada pembangkang dan golongan ini adalah orang yang kecewa dan dengki.

“Mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk menyangkal BN dan calon-calon BN dengan pelbagai cara, berjanji sana- sini tetapi tidak pernah menunaikannya. Ini bukan budaya BN,” katanya pada Majlis Perpaduan BN Baram di Dewan Suarah Baram di sini, malam Sabtu lalu.

Majlis makan malam itu dianjurkan bersama SPDP Bahagian Marudi dan Telang Usan.

Mengenai kehadiran pembangkang di sini dan pedalaman Baram, Mawan mengingatkan ahli-ahli parti dan penduduk di Baram supaya menolak dakyah pembangkang yang tampil dengan pelbagai strategi untuk menarik perhatian rakyat dan meman-cing undi.

“Mereka ini bijak dan akan cuba melakukan apa sahaja bagi memperolehi undi rak-yat di kubu-kubu kuat BN seperti Parlimen Baram de-ngan menggunakan pelbagai isu termasuk isu Empangan Baram.

“Namun, tidak dinafikan BN di Baram memang kuat sebab itulah pemimpin BN, Datuk Jacob (Dungau Sagan) selalu ditentang setiap kali pilihan raya.

“Kita tidak membenarkan ini berlaku kerana Jacob ada-lah menteri dan satu-satunya daripada kalangan Orang Ulu di peringkat Parlimen,” tambahnya.

Justeru, kita harus menyo-kong BN serta calonnya kelak dan tidak timbul sebab atau alasan kenapa kita mensabotaj BN.

“SPDP adalah BN. SPDP dalam BN memang mempunyai perpaduan yang baik dan kita mesti percayakan semua pemimpin SPDP yang juga pemimpin BN,” tegas beliau.

Sehubungan itu, Mawan turut mengumumkan bahawa SPDP dijangka akan mengekalkan penyandang kerusi Parlimen Baram iaitu Datuk Jacob Dungau Sagan pada Pilihan Raya Umum akan datang.

“Kita mempunyai tanggungjawab sendiri untuk membawa pembangunan di Baram, seperti Jalan Miri-Marudi.

“SPDP ialah parti semua kaum dan saya percaya kita mendapat sokongan yang padu daripada semua kaum di Baram,” katanya.

Pada majlis sama, Mawan menerima sebanyak 300 borang penyertaan untuk menjadi ahli SPDP daripada Cawangan Nabor yang diserahkan oleh Pengerusi Cawangan Tuai Rumah Benang Pilang.

Hadir sama Timbalan Men-teri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ahli Parlimen Baram Datuk Jacob Dungau Sagan, Setiausaha Politik Ketua Menteri Robert Laing Anyie, Peter Howel Jilan dan Kaunselor Kijan Toynbee.