Seminar mengenai Belanjawan 2013 di Kompleks KBS 13 Disember depan

0

KUCHING: Satu seminar sehari mengenai Belanjawan 2013 akan diadakan di auditorium Kompleks Belia dan Sukan (KBS) di sini pada 13 Disember depan.

Anjuran Might-Meteor Advanced Manufacturing Sdn Bhd dengan kerjasama Rama Resources Corporation Sdn Bhd, seminar tersebut akan mengupas tentang insentif disediakan kerajaan di bawah belanjawan tersebut.

Peserta juga akan mengetahui analisis yang lebih mendalam mengenai Belanjawan 2013.

Pengarah Urusan Rama Resources Corporation Sdn Bhd Pendi Said dalam kenyataan media semalam berkata, mereka yang digalakkan menghadirinya ialah ketua pegawai eksekutif, pengarah sumber manusia, pegawai kewangan, penyelidik, pensyarah, profesional dan mereka yang ingin memulakan perniagaan.

“Antara sektor yang digalakkan menghadiri seminar ini termasuklah minyak dan gas, pertanian, pelancongan, telekomunikasi, pendidikan, angkasa lepas dan teknologi maklumat dan komunikasi,” katanya.

Seminar tersebut akan dipecahkan mengikut kategori yang antara lain akan disampaikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA), Malaysian Green Technology Corporation dan Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (MATRADE).

Selain Kuching, seminar sama turut diadakan di Kota Kinabalu pada 17 Disember, Kuantan (15 Disember), Kuala Lumpur (10 Januari 2013), Seberang Jaya (11 Disember), Johor Bahru (19 Disember) dan Lumut (12 Januari 2013).

Untuk keterangan lanjut, hubungi penganjur di 03-83157974 atau dengan melayari www.ami.net.my.