Sertai pertandingan karaoke sempena Sibu Bike Week

0

SIBU: Sempena dengan Sibu Bike Week (SBW) 2012, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Tebu Sibu, Industri Muzik Melayu Melanau Sarawak (IMMAS) dan Seketariat Pertubuhan dan Komuniti Nangka (SPEKNA) akan menganjurkan Pertandingan Karaoke Terbuka pada 9 Disember depan.

Menurut jurucakap penganjur yang juga merupakan Pengerusi KRT Jalan Tebu Sibu Mohamad Anis Ili, pertandingan karaoke itu bertemakan ‘Bike Week’.

“Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini diminta hadir ke Dataran Bandar Sibu Fasa II pada 9 Disember, jam 9 pagi untuk sesi uji bakat.

“Setiap peserta diwajibkan untuk sesi uji bakat sebelum terpilih ke peringkat final pada hari dan venue yang sama jam 2 petang,” katanya di sini kelmarin.

Menurutnya, pihak penganjur menghadkan seramai 10 orang sahaja peserta untuk berentap pada final pertan-dingan itu.

“Justeru, kita menjemput orang ramai yang mempu-nyai bakat dalam nyanyian tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan ini.

“Hadiah-hadiah yang menanti para finalis ialah berbentuk wang tunai, piala dan sijil,” tambahnya.

Penutupan final nyanyian karaoke itu sempena SBW 2012 akan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapa’ee.

Mereka yang berminat bo-leh mendapatkan borang pe-nyertaan di Rafee Cafe, Jalan Kampung Datu di sini.

Sebarang pertanyaan lanjut diminta menghubungi Anis menerusi talian 013-8399927.