Monday, April 12

Golongan pekerja disaran cari pengetahuan tambahan

0

KUCHING: Dalam persekitaran yang kompetitif hari ini, golongan pekerja perlu mencari ilmu tambahan semasa bekerja untuk mempercepatkan pembangunan dan meningkatkan prospek kerjaya mereka.

Menyambung pelajaran di peringkat pendidikan tinggi adalah satu cara untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran tambahan.

Pengetahuan yang diperolehi akan menyumbang ke arah kecekapan kerja dan meningkatkan kredibiliti profesional.

Dari perspektif majikan, pekerja berpengetahuan dengan ilmiah perniagaan yang kukuh dan pengetahuan industri dianggap sebagai aset kepada syarikat.

“Mempertingkatkan diri dengan mengikuti program Perniagaan pascasiswazah di peringkat Sarjana akan membantu dari segi kemajuan kerjaya dan membangunkan keupayaan berkepimpinan yang kukuh,” kata Elina Tiu, Pengetua Kolej SEGi Sarawak.

SEGi College Sarawak menawarkan program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) melalui perkongsian dengan University Of Sunderland, UK.

Program ini yang juga diiktiraf di peringkat antarabangsa boleh dilakukan secara sambilan secara tempatan bagi memudahkan golongan pekerja mempunyai fleksibiliti untuk menghadiri kuliah di luar waktu bekerja.

SEGi College Sarawak juga menawarkan program Diploma Eksekutif sambilan untuk golongan pekerja. Program-program ini termasuk Pendidikan Awal Kanak-kanak, Perakaunan, Komunikasi Massa, Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Perniagaan, Reka Bentuk Grafik, Pengurusan Hotel, Pemasaran dan Teknologi Maklumat.

“Pembayaran yuran boleh dibuat melalui potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau secara ansuran bulanan dengan kadar faedah 0%. Program ini diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),” tambah Tiu.

Program MBA dan Diploma Eksekutif kini dibuka untuk pendaftaran bagi Pengambilan 2013.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Kolej SEGi Sarawak Hari Terbuka pada 14 hingga 18 Disember 2012, layari www.segi.edu.my, lawati kampus utama di 211, Jalan Bukit Mata, 93100 Kuching, Sarawak (Isnin-Jumaat, 8.30 pagi hingga 8 malam; Sabtu: 8.30 pagi-3 petang; Ahad: 10 pagi-3 petang) atau layari laman web kami dan kunjungi di mana-mana kaunter jerayawara SEGi.

Selain itu, anda boleh menghubungi nombor bebas tol di 1-300-88-7344 atau 082-252566, hubungi SCS Pusat Pengambilan Sibu (084-329566), SCS Pejabat Kemasukan Kota Kinabalu (088-447588) atau e-mel di [email protected]