DBKU anjur Larian Kesihatan 8 Dis ini

0

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menganjurkan Larian Kesihatan Bandarayaku 2012 bertempat di Taman Orkid pada 8 Disember ini.

Sejumlah 1,000 orang peserta dijangka mengambil bahagian dalam larian tersebut yang bertujuan memupuk gaya hidup sihat selain mengeratkan hubungan silaturahim antara jabatan kerajaan dan orang awam.

Ketua Unit Sukan Bahagian Perhubungan dan Pembangunan Komuniti DBKU, Noraini Karim berkata larian tersebut terbuka kepada semua anggota kerajaan, sekolah-sekolah dan orang awam.

Ia terbahagi kepada tiga kategori VIP (2km), Terbuka (5.5km) dan Veteran 45 tahun keatas (2.5km).

Pemenang tempat pertama hingga lima kategori terbuka bakal menerima RM500, RM400, RM300, RM200 dan RM100. Manakala kategori veteran pula menerima RM400, RM300, RM200, RM100 dan RM80.

Selain itu, 50 peserta turut berpeluang memenangi hamper menerusi cabutan bertuah. Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Moha-mad Morshidi  Abdul Ghani dijangka menyempurnakan pelepasan peserta pada jam 6.30 pagi.

Mereka yang berminat boleh me-muat turun borang pendaftaran mene-rusi laman sesawang www.dbku.gov. my. Tarikh tutup pendaftaran 7 Di-sember 2012