Jip hilang kawalan dan terbalik, remaja lelaki maut

0

SANDAKAN: Seorang remaja lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis jip yang dinaiki hilang kawalan dan terbalik di Jalan Sibuga di sini, pada malam Rabu.

Mangsa, Amizan Bacho, 15, yang merupakan penumpang di bahagian belakang meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Sementara, pemandu bersama lima lagi penumpang lain yang cedera menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa bersama penumpang lain sedang dalam perjalanan dari arah Futsal, Batu 4 menuju ke Gum-Gum.

Bagaimanapun, ketika melalui selekoh di Jalan Sibuga, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik ke kiri jalan.

Difahamkan, ketika kejadian, cuaca baik dan permukaan jalan raya kering.