Kelab Vikings Australia memeriahkan bola sepak pantai Oya

0

PERSAHABATAN: Pasukan Vikings Australia bersama kanak-kanak tempatan sebaya mereka di padang Pasar Sabtu Oya selepas perlawanan persahabatan.

MUKAH: Pekan Sabtu Oya (PSO) mencatat sejarah tersendiri Sabtu lalu apabila pertama kali menerima kun­jungan lebih 30 pelancong Australia sempena kejohanan Cabaran Bola Sepak Pantai Kenyalang (KBSC) 2012 di sini.

Walaupun kunjungan mere­ka tidak termasuk dalam atur cara rasmi program KBSC siri dua anjuran bersama Ja­watankuasa PSO dan RAMA Resources Corporation (M) Sdn Bhd, namun kehadiran mereka ternyata menambah suasana kemeriahan kejo­hanan.

Ini kerana, selain berpel­uang menyaksikan 17 pasu­kan dewasa bersaing, ratusan penonton turut terhibur menyaksikan perlawanan persahabatan bola sepak pantai membabitkan ahli-ahli rombongan berusia 13 tahun ke bawah menentang kanak-kanak tempatan sebaya mereka.

Pengerusi PSO merangkap penasihat jawatankuasa induk kejohanan, Abdul Rahman Rafa’ee berkata kejohanan julung kali diadakan sempena Minggu Bestari Pekan Sabtu pada 1, 2 dan 8 Disember.

“Pemain bermain di atas tapak berdekatan tempat ber­niaga yang ditambah dengan pasir pantai bagi mewujudkan gelanggang berpasir seluas 23 meter x 28 meter khusus un­tuk aktiviti sukan tersebut.

“Kejohanan ini cukup me­riah di mana sambutan amat menggalakkan daripada pen­duduk setempat dan luar Oya sehinggakan ada pihak ingin melihat ia diadakan lagi,” katanya.

Rombongan pelancong terdiri daripada Australian Vikings Malaysia Tour 2012 yang diiringi Kelab Vikings tempatan kemudian men­inggalkan kenangan mereka dengan menyusuri Sungai Oya sehingga ke Kampung Bakong dan Pasar Oya.

Perjalanan terakhir rom­bongan ialah di Kampung Medong, Dalat kira-kira 20 minit perjalanan darat dari Oya untuk menyaksikan kegiatan menghasilkan ‘Sagu Medong’ antara produk kotej tempatan yang paling popular di Sarawak.