Site Last Updated 7:23 am, Tuesday

Pemain baharu tonggak Ngap Sayot

by Harry Ilias. Posted on December 8, 2012, Saturday

LATIHAN: Pemain-pemain Ngap Sayot giat menjalani latihan di Stadium Negeri, Kuching, semalam.

Penyerang Croatia dan bintang Harimau Muda bakal tampil Sarawak pasukan digeruni musim depan

KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak, Robert Alberts meletakkan harapan tinggi di bahu dua tonggak ba­haru Ivan Babic dan Ahmad Aminuddin Shaharuddin dalam misi mengharungi kempen Liga Perdana yang bakal bermula Januari de­pan.

Katanya, kehadiran peny­erang dari Croatia dan Selan­gor itu telah melengkapkan persiapan Sarawak untuk tampil selaku pasukan yang digeruni musim depan.

Ditemui semasa sesi lati­han di Stadium Negeri di sini semalam, Alberts men­jelaskan bahawa Ivan, 28, dan Aminuddin, 22, memiliki kriteria sebagai pemain yang beliau kehendaki selama ini.

“Ivan pantas dan bijak mencari ruang untuk men­jaringkan gol. Beliau juga memiliki penyudah yang baik serta berkemahiran tinggi mengawal bola.

“Manakala Amin mempu­nyai kepantasan yang sangat kita perlukan di bahagian sayap. Ia perlu bagi meng­gantikan Ashri Chuchu yang masih belum pulih daripada kecederaan.

“Saya juga tertarik dengan kemahiran yang dimiliki Amin kerana beliau pernah bermain dengan Harimau Muda di ba­wah bimbingan jurulatih, Ong Kim Swee,” katanya.

Menurut Alberts, pihaknya telah lama berminat dengan Amin dan berhasrat untuk mengambil beliau awal 2012 bagi mengharungi cabaran Sarawak dalam Liga Super.

“Saya yakin gandingan dua tonggak itu dapat memper­tajam bahagian serangan kita yang tidak begitu berkesan pada musim lalu,” akui Al­berts.

Disoal mengenai peluang Sarawak, Alberts menyuar­akan rasa optimis dengan kemampuan pasukannya un­tuk berada dalam kelompok tiga tempat teratas pada Liga Perdana 2013 nanti.

Katanya, kehadiran semula ayam tambatan, Joseph Ka­llang Tie dan Bobby Gonzales dari Sabah bakal menguatkan lagi barisan hadapan skuad Ngap Sayot musim depan.

Beliau juga melemparkan keyakinan terhadap benteng pertahanan yang diperkuku­hkan dengan kehadiran dua pemain dari Sabah iaitu Ronny Harun dan Mafry Balang.

Mafry pernah menyarung jersi Kelantan secara pinjaman pada kempen Piala Malaysia 2012.

“Kita juga menampilkan dua muka baharu iaitu Mohd Zulfadli Awang Marajeh dan Daglis Papin Test yang telah menunjukkan prestasi mem­berangsangkan pada kempen Pi­ala Sara–wak di Miri baru-baru ini,” kata Alberts.

Sarawak mendaftar seramai 24 pemain bagi mengharun­gi Liga Malaysia musim 2013 den­gan mengekalkan 16 muka lama dan mengikat lapan muka baharu.

Pemain-pemain lama yang dikekalkan ialah Saiful Amar Sudar, Guy Bwele, Mazwandi Zakeria, Shahrul Abdul Malek, Sahran Abdul Samad, Moha­mad Fareez Tukijo, Azizan Saperi, Mohd Hairol Mokhtar, Ashri Chuchu, Ramesh Lai Ban Huat, Mohammad Dzula­zlan Ibrahim, Ronald Dennis, Shahrol Saperi, Azizan Baba, Aidil Mohamad dan Sani Anuar Kamsani.

Manakala, muka baharu ialah Ivan Babic, Bobby Gonzales, Ronny Harun, Ma­fry Balang, Ahmad Aminud­din Shaharudin, Daglis Papin Test, Mohd Zulfadli Awang Marajeh dan Joseph Kallang Tie.

Skuad Ngap Sayot akan mengadakan empat perlawanan persahabatan ming­gu depan bagi men­guji kemampuan pemain-pemain selain mencari formasi berke­san.

Mereka akan menentang Negeri Sem­bilan pada 13 Dis­ember di Stadium Tuanku Ab­dul Rah­man, Par­oi, Harimau Muda (15 Disember) di laman lawan, Selangor (19 Disember) juga di tempat lawan dan ATM pada 22 Disember.

 

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.

88