Aaron turun padang bertemu rakyat

0

SIBU: Ahli Parlimen Kanowit, Datuk Aaron Ago Dagang turun padang bagi bertemu rakyat di beberapa tempat kawasan parlimennya pada Jumaat lalu.

Lawatan itu adalah sebahagian daripada Program Jelajah Kasih untuk mendengar dan memahami masalah rakyat.

Program ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Penerangan Daerah Kanowit dan Jabatan Perdana Menteri.

Antara tempat yang dilawati Aaron ialah Kampung Muhibbah, Kampung Pisang, Maong dan Machan.

Beliau turut diiringi oleh Penghulu Ugak Sigai, Penghulu Ijam Tuah, Tuai Rumah Matthews Chuat dan Pegawai Penerangan Daerah Kanowit, Wan Mohd Zuki Wan Ismail.

Kehadirannya di kawasan-kawasan tersebut sambil menyerahkan beberapa sumbangan berupa makanan dari Jabatan Penerangan Daerah Kanowit telah mengejutkan ramai penduduk.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan empat buah kerusi roda kepada Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu Douglas Empungan James, Sawa Boh, Bandar Enjat dan Making Takin.

Seorang pelajar, Maliza Simon turut menerima sumbangan berupa komputer riba 1Malaysia daripada Aaron.