Belia perlu diberi bimbingan betul

0

Ia untuk memastikan masa depan mereka tidak berakhir di pusat serenti atau penjara

KUCHING: Setiap belia sepatutnya diberi bimbi-ngan betul agar masa depan golongan terbabit tidak ber-akhir di pusat serenti atau penjara, kata Menteri Muda Belia Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sehubungan itu, beliau berkata ibu bapa sebenarnya memikul tanggungjawab berat dengan memberi bim-bingan dan pendidikan terbaik bagi mencerahkan masa depan mereka.

“Kita tidak mahu masa depan belia berakhir di penjara atau pusat serenti.

“Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah memberi bimbingan betul dan pendidikan terbaik kepada mereka,” katanya berucap pada Majlis Penutupan Program Innovating 4 Tomorrow di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

Menurutnya, apabila sudah dimasukkan ke penjara atau pusat serenti maka ia akan merencatkan usaha seseorang belia untuk mencapai masa depan yang cerah.

“Rancangan untuk masa depan akan musnah apabila dimasukkan ke penjara atau pusat serenti,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, belia merupakan aset penting yang bakal menjadi pemimpin yang akan menyambung legasi rancangan pembangunan negeri ini.

“Golongan ini penting untuk kita bukan hanya dalam politik tetapi menentukan masa depan Sarawak,” jelasnya.

Dalam pada itu, Karim yang juga Menteri Muda Perumahan mahu setiap belia meningkatkan inovasi untuk menghadapi cabaran semasa.

“Kalau statik, kita akan tertinggal. Oleh itu, adalah pen-ting untuk kita meningkatkan inovasi agar dapat bersaing dalam dunia yang semakin mencabar,” kata Karim.

Program tersebut disertai 142 belia yang terdiri daripada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, ahli persatuan serta sukarelawan belia AZAM.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AZAM Sarawak Datu Aloysius Dris dan Pengarah Unit Pemba-ngunan Tenaga Kerja Jabatan Ketua Menteri Dr Abdul Rahman Din.