Sarawak Plaza, Riverside anjur aktiviti Krismas

0

KUCHING: Sempena cuti Krismas, Sarawak Plaza dan kompleks beli-belah Riverside bakal menganjurkan aktiviti yang menyeronokkan untuk penyertaan seisi keluarga.

Cabaran Deco X’mas Tree akan diadakan pada 15 Disember ini dan terbuka kepada ahli keluarga tanpa sebarang bayaran kemasukan.

Sementara peraduan Cupcakes Design X’mas yang juga dibuka kepada penyertaan berkeluarga akan diadakan pada Sabtu, 22 Disember di kompleks beli-belah Riverside.

Untuk menyertai sila hubungi Jabatan Acara Sara Urusharta Sdn Bhd di talian 082-412150. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti sila layari ‘BuzzKUCHING’ dan laman Facebook Sara Urusharta Sdn Bhd.