13 pasukan berentap pada aksi Bola Tampar Terbuka Kuching pada 20-23 Dis

0

KUCHING: Empat pasukan wanita antara sembilan pasukan yang bakal bersaing pada Kejohanan Bola Tampar Terbuka Kuching di Stadium Tertutup Sesco dari 20 hingga 23 Disember ini.

Mengesahkan penyertaan pasukan lelaki adalah Dream Team A, Dream Team B, Kimgres, Unimas dan United GI manakala Fifty Six, Fighter, Genjira dan Unimas mewakili pasukan wanita.

Pertandingan diadakan mengikut format liga, tiga perlawanan untuk setiap pasukan lelaki dan lima perlawanan untuk pasukan wanita.

Dalam perlawanan pembukaan esok, Kimgres akan menentang United GI pada jam 7 malam manakala Dream Team A bertemu Dream Team B jam 8 malam.

Kategori wanita pula menyaksikan Genjira bertemu dengan Fifty Six pada jam 9 malam.

Menurut pihak penganjur, objektif kejohanan itu adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai sukan bola tampar kepada orang awam selain meningkatkan lagi mutu sukan tersebut di sini.

Selain itu, ia juga bertujuan mencari pemain yang berpotensi untuk diserap dalam skuad negeri.

Pengerusi Persatuan Bola Tampar Bahagian Kuching (KDVA) Tay Chang Seng akan merasmikan penutupan kejohanan.

Sebarang pertanyaan mengenai kejohanan boleh dilakukan dengan menghubungi Timbalan Pengerusi KDVA, Andrew Ting (016-8607338) atau Steven Liew (016-6590388).