Site Last Updated 12:53 pm, Thursday

Kerjasama tentera dipertingkat

by Henrietta Liza. Posted on January 1, 2013, Tuesday

OPERASI SELESAI: Sugihantyo diberikan penghormatan melakukan upacara menanggalkan Toha daripada anggota Tentera Darat Malaysia sambil diperhatikan Redzuan (kanan) di Tebedu, semalam.

Rondaan sempadan M’sia (S’wak), Indonesia (Kalimantan) ditingkatkan tiga kali setahun

KUCHING: Kerjasama ketenteraan dua negara Malaysia (Sarawak) dan Indonesia (Kalimantan) akan mempergiatkan Patrioli Terkoordinasi (PATKOR) kepada tiga kali setahun mulai tahun ini.

Panglima Markas Briged Ketiga Infantri Malaysia Brigedier Jeneral Datuk Pahlawan Redzuan Baharuddin memberitahu, kerjasama itu tidak sukar disebabkan kesamaan dalam budaya keduadua negara.

“Tidak ada masalah dan semuanya berjalan dengan lancar.

“Kita masing-masing membantu antara satu sama lain kerana ikatan persahabatan itu sudah lama terjalin, maka ia tidak susah.

“Lagipun kita menggunakan bahasa yang sama jika dibandingkan di sempadan Malaysia-Thailand kerana orang di sana bercakap bahasa Siam sedangkan kita menggunakan bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutupan PATKOR Siri 1/12 di Kem Tebedu, Serian semalam.

Tambah beliau, kawasan jagaan Batalion 3 Briged dan DANREM 121 ABW adalah sepanjang 966 kilometer.

Redzuan memperjelaskan, tugas utama kerjasama ketenteraan kedua-dua Negara itu menjurus kepada rondaan pemeriksaan batu-batu sempadan, jalan tikus yang dibuat oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) dan perubahan topografi muka bumi kawasan terbabit.

Sejak operasi itu dimulakan pada 23 Disember lalu, pihaknya tidak membuat sebarang tangkapan tetapi rondaan bersama itu dijalankan secara berterusan “Alhamdulillah, hasil rondaan itu tidak terdapat lorong-lorong tikus baharu untuk orang melakukan penyeludupan masuk ke Malaysia mahupun masuk ke Indonesia.

“Akhirnya rondaan ini juga untuk kita melihat keadaan tanah dan topografi yang berada di sempadan kerana jika terdapat perubahan kita akan memaklumkan Jabatan Pemetaan agar mereka boleh mengemaskinikan peta masing-masing,” ujarnya.

Beliau turut ditemani Kolonel Infantri Binarko DANREM- 121 ABW Sugihantyo Alambuana Wanawai Yang mewakili Angkatan Tentera Darat Indonesia.

 

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.