PPP adakan Rumah Terbuka Tahun Baharu di PWTC pada 1 Jan

0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) akan mengadakan Rumah Terbuka sempena sambutan Tahun Baharu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Ketua Penerangannya, Datuk A. Chandrakumanan, berkata majlis itu akan diadakan antara jam 11 pagi dan 2 petang sebagai sebahagian daripada aktiviti parti untuk sambutan tahun baharu.

Pada masa ini, PPP, yang merupakan parti komponen Barisan Nasional, mempunyai lebih daripada 500,000 anggota di 3,000 cawangan di negara ini. — Bernama