Sungai Sarawak dibersihkan untuk mengindahkan bandar raya Kuching

0

KUCHING: Satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk membersihkan Sungai Sarawak termasuk anak-anak sungai di sekitarnya, sebagai salah satu usaha mengindahkan bandar raya ini.

Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata jawatankuasa berkenaan telah dipersetujui oleh kerajaan pusat dan negeri, iaitu melibatkan Kementerian Sumber Asli, Kementerian Perancangan Sumber serta kementeriannya sendiri.

“Kami telah mempunyai persetujuan untuk membersihkan Sungai Sarawak termasuk anak-anak sungai seperti Sungai Gersik, Sungai Bedil, Sungai Kampung Kudei dan Sungai Maong, selain Sungai Padungan.

“Kami hendak mengubah sungai-sungai ini dalam masa lima tahun sebagai ‘River of Life’ agar dapat kita kongsi serta persembahkan kepada masyarakat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Satok Fest 2012 selepas menyempurnakan perasmian ponton dan lampu Jambatan Jambatan Tun Abdul Rahman Yaakub (Jambatan Satok) di sini malam kelmarin dan seterusnya menyertai pengunjung yang hadir mengira detik Ambang Tahun Baharu 2013.

Selain itu, Abang Johari yang juga Menteri Perumahan berkata pengindahan landskap juga akan dibuat di sepanjang tebing sungai-sungai terbabit dengan pemasangan lampu-lampu.

“Saya percaya bandar raya kita akan setanding dengan Paris dan Shanghai dan ini pasti akan menjadi tarikan kepada pelawat antarabangsa dan tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata dari segi pengangkutan air, sebagai permulaan dua bot mesra alam yang menggunakan bateri akan digunakan untuk belayar di sepanjang Sungai Sarawak.

“Penggunaan bot ini adalah yang pertama di Malaysia… inilah inovasi dan transformasi yang sedang dibawa oleh kami yang mewakili bandar raya Kuching ini agar terus membangun,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata antara yang turut digariskan dalam perancangan masa depan lima tahun bagi bandar raya ini ialah kaedah penggunaan jalan darat dan sungai bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

“Sebab itu, kita sedang dalam perancangan untuk membina jambatan yang menghubungkan Petra Jaya dengan bandar raya Kuching.

“Ini memerlukan kos yang tinggi tapi demi rakyat, kami akan berusaha mendapatkan jambatan yang sesuai untuk Petra Jaya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Turut hadir Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Wahap Abang Julai, Menteri Muda Perumahan Abdul Karim Rahman Hamzah, ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi dan pengerusi pengelola Satok Fest 2012 Shah Iszhan Isnin.KUCHING: Satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk membersihkan Sungai Sarawak termasuk anak-anak sungai di sekitarnya, sebagai salah satu usaha mengindahkan bandar raya ini.

Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata jawatankuasa berkenaan telah dipersetujui oleh kerajaan pusat dan negeri, iaitu melibatkan Kementerian Sumber Asli, Kementerian Perancangan Sumber serta kementeriannya sendiri.

“Kami telah mempunyai persetujuan untuk membersihkan Sungai Sarawak termasuk anak-anak sungai seperti Sungai Gersik, Sungai Bedil, Sungai Kampung Kudei dan Sungai Maong, selain Sungai Padungan.

“Kami hendak mengubah sungai-sungai ini dalam masa lima tahun sebagai ‘River of Life’ agar dapat kita kongsi serta persembahkan kepada masyarakat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Satok Fest 2012 selepas menyempurnakan perasmian ponton dan lampu Jambatan Jambatan Tun Abdul Rahman Yaakub (Jambatan Satok) di sini malam kelmarin dan seterusnya menyertai pengunjung yang hadir mengira detik Ambang Tahun Baharu 2013.

Selain itu, Abang Johari yang juga Menteri Perumahan berkata pengindahan landskap juga akan dibuat di sepanjang tebing sungai-sungai terbabit dengan pemasangan lampu-lampu.

“Saya percaya bandar raya kita akan setanding dengan Paris dan Shanghai dan ini pasti akan menjadi tarikan kepada pelawat antarabangsa dan tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata dari segi pengangkutan air, sebagai permulaan dua bot mesra alam yang menggunakan bateri akan digunakan untuk belayar di sepanjang Sungai Sarawak.

“Penggunaan bot ini adalah yang pertama di Malaysia… inilah inovasi dan transformasi yang sedang dibawa oleh kami yang mewakili bandar raya Kuching ini agar terus membangun,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata antara yang turut digariskan dalam perancangan masa depan lima tahun bagi bandar raya ini ialah kaedah penggunaan jalan darat dan sungai bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

“Sebab itu, kita sedang dalam perancangan untuk membina jambatan yang menghubungkan Petra Jaya dengan bandar raya Kuching.

“Ini memerlukan kos yang tinggi tapi demi rakyat, kami akan berusaha mendapatkan jambatan yang sesuai untuk Petra Jaya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Turut hadir Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, Menteri Muda Perumahan Abdul Karim Rahman Hamzah, ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi dan pengerusi pengelola Satok Fest 2012 Shah Iszhan Isnin.