Friday, September 29

KADA mohon hampir RM1 juta bantu petani terlibat banjir

0

KOTA BAHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) memohon peruntukan hampir RM1 juta daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sebagai bayaran sagu hati kepada petani yang terlibat dengan banjir.

Pengurus Besar KADA Ibrahim Mat berkata pihaknya menganggarkan kerugian yang dialami petani ialah RM2.4 juta.

Setiap petani yang terlibat dengan bencana alam itu dijangka menerima antara RM4,000 dan RM5,000 bergantung kepada keluasan tanaman yang terlibat dengan bencana itu, katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Ibrahim berkata pihaknya telah mengarahkan pengurus Kada kawasan membanci kawasan tanaman padi yang terlibat dengan bencana alam itu.

Beliau berkata kementerian tersebut mengeluarkan peruntukan sebanyak RM3.5 juta kepada petani Kada yang terlibat dengan banjir pada 2010, termasuk di kawasan Projek Ladang Merdeka.

Beliau berkata kerosakan tanaman padi akibat banjir gelombang pertama bulan lepas, tidak melibatkan 16 kawasan Projek Ladang Merdeka membabitkan 747 hektardi seluruh negeri yang mengusahakan tanaman padi dua kali setahun.

Mengenai persiapan Kada untuk tanaman padi tahun ini, Ibrahim berkata pihaknya menyediakan 120 buah traktor membajak selain menyediakan benih yangmencukupi bagi menampung keperluan petani di kawasannya.

Beliau berkata petani memerlukan 9,000 tan metrik benih padi bermutu tinggi untuk keperluan 28,450 hektar kawasan tanaman padi untuk dua musim tanaman.

Musim tanaman pertama dijangka bermula antara Januari dan Mac manakala musim kedua pula September hingga Oktober, katanya. — Bernama