Sekolah Imtiaz Kemaman dijangka mula beroperasi akhir tahun ini: Zakaria

KUALA TERENGGANU: Sekolah Menengah Imtiaz (SMI) di Kemaman yang dibina awal tahun lepas, dijangka siap dan mula beroperasi sepenuhnya hujung tahun ini.

Pengarah Yayasan Terengganu Zakaria Yusof berkata kompleks sekolah yang dibina dengan kos RM60 juta itu dijangka dapat menampung sehingga 1,000 pelajar.

Pembinaan cawangan kelima sekolah itu selaras dengan peningkatan mendadak permohonan kemasukan pelajar sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk dari luar Terengganu, katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau berkata yayasan juga merancang untuk membina dua lagi kompleks sekolah Imtiaz di dua daerah di Terengganu iaitu di Marang dan Setiu, sekali gus menyaksikan setiap daerah di negeri ini mempunyai Sekolah Imtiaz.

Sementara itu, Zakaria berkata hasil sumbangan berterusan Yayasan Terengganu, seramai 10 penuntut Terengganu kini berjaya melanjutkan pelajaran ke 10 universiti terbaik di dunia dengan pembiayaan yang disediakan yayasan itu.

“Pelajar Terengganu kini sudah ke University of Cambridge, Oxford University, London School of Economics, Imperial College of London, King’s College, Universiti of London dan Queen’s University of Belfast,” katanya.

Beliau berkata selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang ingin menjadikan Terengganu sebagai negeri anjung ilmu, Yayasan Terengganu akan terus menghantar penuntut mendalami bidang kritikal seperti perubatan, farmasi dan kejuruteraan, katanya. — Bernama

What do you think of this story?
  • Great (0%)
  • Interesting (0%)
  • Nothing (0%)
  • Sad (0%)
  • Angry (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of