Tuesday, August 16

JKM cari waris bayi ditinggal di Butterworth

0

KEPALA BATAS: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mencari ibu atau waris kepada seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di No 30, Jalan Teratai, Butterworth pada 5 Nov lepas.

Pegawai JKM Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Mohd Rahim Mohd Alif berkata bayi itu ditemui pemilik rumah berkenaan pada jam 6 pagi.

“Ketika ditemui tiada sebarang dokumen bersama bayi berkenaan dan dia kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya. Menurut laporan doktor, bayi itu berusia 21 hari ketika ditemui.

“Sekarang bayi tersebut berusia hampir dua bulan lebih dan ditempatkan di Rumah Kanak-kanak Taman Bakti di sini,” katanya.

JKM SPU boleh dihubungi di talian 04-5758715 atau 04-5758716.