DBKK pertimbang penggunaan lampu LED di Kota Kinabalu

0

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang mempertimbang untuk menggunakan lampu berasaskan teknologi diod pemancar cahaya atau LED di kawasan taman ter-utama di kawasan ‘hitam’ di bandar raya ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir berkata, penggunaan tek-nologi itu akan dilaksanakan sekurang-kurangnya pada tahun ini secara berperingkat bagi menjamin bandar yang mesra alam.

“Kita akan tukar semua kepada lampu LED me-ngikut fasa dan sebagai permulaan kita sudah kenal pasti beberapa kawasan, jika mendatangkan kebaikan kita akan replace yang sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program CEKAP – Cemerlang, Efisien Kerjasama Amanah Progresif di DBKK di sini, semalam.

Abidin berkata lampu LED menggunakan tenaga jauh lebih jimat berbanding lampu biasa dan mengeluarkan haba yang sangat rendah sekali gus mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke atmosfera. — Bernama