Impian PR tawan Sarawak ‘jauh panggang dari api’

14

KUCHING: ‘Jauh panggang dari api’ merupakan pepatah sesuai bagi menggambarkan angan-angan Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kehadiran ramai orang semasa mereka mengadakan ceramah politik bukan menggambarkan pihak pembangkang itu kuat.

Menurutnya, ini kera-na bukan mudah bagi pembangkang untuk me-yakinkan pengundi di Sarawak terutama di kawasan luar bandar.

“Jauh panggang dari api untuk mereka menawan negeri ini. Ini kerana janji mereka sebelum ini ma-sih belum tertunai lagi,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta meng-ulas mengenai keyakinan PR Bumi Kenyalang akan jatuh ke tangan mereka sekali gus menawan Putrajaya pada PRU13 nanti.

Isnin lepas, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata, rakyat di negeri ini terutama golongan belia mula sedar pembohongan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong yakin BN Sarawak terutama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) masih kuat dan seterusnya menjadi kubu kuat parti pemerin-tah.

“Saya yakin PBB masih kuat di samping parti komponen BN lain,” ujarnya.

Menurutnya lagi, pembangkang mungkin kuat di kawasan bandar namun tidak di luar bandar.

“Ini kerana rakyat luar bandar masih memberi sokongan padu kepada parti komponen BN,” jelasnya.