Petani rugi diminta lapor kepada KADA

0

KOTA BAHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) meminta penanam padi yang berdaftar dengan agensi itu dan menghadapi kerugian akibat banjir, supaya segera melapor kepadanya.

Pengerusi KADA Tan Sri Annuar Musa berkata laporan itu bagi membolehkan agensi berkenaan menyalurkan bantuan di bawah peruntukan wang ihsan bagi meringankan beban mereka.

“Saya difahamkan setakat ini, kira-kira 500 petani tampil membuat laporan dengan KADA mengenai kerugian yang dialami mereka ketika banjir.

“Lebih RM1 juta diper-untukkan kepada petani yang terjejas dan bantuan tersebut akan diberikan oleh  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 17 Januari ini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Annuar berkata, tiada tarikh akhir ditetapkan untuk membuat laporan kerugian itu kerana  musim tengkujuh belum berakhir dan gelombang ketiga hujan dijangka berlaku. — Bernama