Thursday, September 23

Najib terima kunjungan hormat TPM Thailand

0

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Thailand Dr Chalerm Yoobamrung di pejabatnya di Perdana Putra di sini.

Chalerm mengetuai delegasi tertinggi negara itu dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia bermula Selasa.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Duta Thailand ke Malaysia Krit Kraichitti; Ketua Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Thailand Lt Jen Paradorn Pattanathabutr dan Ketua Setiausaha Pusat Pentadbiran Sempadan Wilayah Selatan Thailand (SBPAC) Kol Polis Tawee Sodsong.

Pertemuan antara Najib dan Chalerm itu berlangsung selama sejam.

Chalerm dan delegasi juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan melawat Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, dekat sini.

Mereka dijangka berlepas pulang malam ini (semalam). — Bernama