Polis buru saksi kejadian

0

Hazdzmar

KOTA KINABALU: Polis sedang mencari seorang lelaki yang boleh membantu dalam siasatan kematian seorang pengusaha bot yang terbunuh ketika terlanggar kipas enjin bot di Pasar Ikan Safma, dua tahun lalu.

Hazdzmar Abdul Daim, 37, yang dipercayai alamat terakhirnya di Kampung Lok Kurai, Pulau Gaya dikehendaki oleh pihak polis dalam membantu siasatan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian oleh kecuaian.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai lokasi Hazdzmar ketika ini dikehendaki memaklumkan kepada DSP Yusof Othman di talian 012-8191313 atau 088-529287 atau laporkan di balai polis berdekatan, katanya.

Pada 15 April 2011, seorang pengusaha bot terbunuh selepas mangsa dipercayai dilanggar oleh sebuah kipas enjin bot di Pasar Ikan Safma.

Asnadi Akmarin, 19, seorang warga asing menghadapi kecederaan yang serius di bahagian kaki, badan dan mati di tempat kejadian kira-kira jam 5.30 petang.

Dipercayai kejadian itu berpunca daripada salah faham dengan seorang lagi pengusaha bot di pasar berkenaan yang mana pergaduhan berlaku di antara mereka.

Mangsa dipercayai jatuh ke dalam laut kemudian dilanggar oleh sebuah bot laju yang sedang dikemudikan oleh suspek.