Pekerja pusat perjudian ditahan

0

KUCHING: Seorang lelaki ditangkap dalam serbuan Ops Dadu oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di sebuah premis di Kenyalang Park, semalam.

Suspek dalam lingkungan usia 20-an itu merupakan pekerja pusat perjudian tersebut.

Turut dirampas dalam serbuan itu adalah lapan unit komputer.

Lelaki tersebut ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Mesin Judi Berkomputer).