Caj parkir seragam dapat reaksi positif warga kota

0

KUALA LUMPUR: Penye-ragaman caj parkir yang diumum Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejah-teraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin kelmarin mendapat reaksi positif kebanyakan warga kota.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-persa-tuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata sebagai sebuah badan yang bertindak melindungi hak-hak pengguna, penye-ragaman caj parkir itu perlu supaya pengguna tidak terbeban dengan kadar caj tinggi.

“Kadar parkir yang tidak tetap memberi masalah kepada pengguna lebih-lebih lagi kepada mereka yang ditugaskan menghadiri acara rasmi di hotel-hotel,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Kelmarin Raja Nong Chik mengumumkan kadar caj bayaran letak kereta di seluruh Kuala Lumpur akan disera-gam mengikut zon dengan nilai siling yang ditetapkan bermula semalam.

Kadar siling caj letak kereta mengikut jam yang dibenarkan di kawasan perancangan pusat bandar adalah untuk jam yang pertama RM3 hingga RM6 (dalam bangunan), RM3 hingga RM5 (kawasan lapang), RM4 hingga RM8 (hotel) dan RM3 hingga RM6 (lain-lain kategori).

Bagi kawasan peranca-ngan luar pusat bandar; jam pertama ialah RM1 hingga RM4 (dalam bangunan), RM1 hingga RM3 (kawasan lapang), RM3 hingga RM5 (hotel) dan 50 sen hingga RM2 (lain-lain kategori).

Keputusan itu diambil selepas pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat kajian dan meng-adakan pertemuan dengan operator parkir bagi mencari mekanisme terbaik untuk mengatasi harga parkir yang mahal. — Bernama