Site Last Updated 1:09 am, Wednesday

Masyarakat India Pulau Pinang desak DAP adakan semula pemilihan CEC

Posted on January 17, 2013, Thursday

BUTTERWORTH: Sekumpulan lebih 50 anggota masyarakat India di Pulau Pinang semalam mendesak DAP mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Ekse-kutif Pusat (CEC) dengan mendakwa pengendalian pemilihan itu tidak adil dan mengelirukan.

Wakil kumpulan berkenaan M.V Mathijalagan berkata pemilihan semula itu sangat penting kerana pada pemilihan bulan lepas parti itu mengakui terdapat kesilapan dalam pengiraan undi.

Mathijalagan berkata ke-engganan Lim yang juga Setiausaha Agung parti untuk mengadakan semula pemilihan CEC itu telah menim-bulkan keraguan dalam keputusan pemilihan DAP.

“Kalau beliau (Lim) seorang yang adil dan telus, beliau harus mengadakan semula pemilihan itu demi kesejahteraan rakyat dan parti,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama 50 anggota masyarakat India bagi membantah keputusan pemilihan CEC baru-baru ini.

Tanpa memberi butiran, beliau mendakwa perhimpunan ini dibuat atas permintaan pemimpin DAP yang tidak bersetuju dengan keputusan pimpinan parti itu tetapi bimbang dikenakan tindakan disiplin.

“Ada di antara kami yang hadir pada perhimpunan ini adalah ahli DAP dan kami berkumpul ini adalah atas permintaan pemimpin DAP. Mereka (pemimpin) tidak boleh buat perhimpunan seperti ini kerana bimbang dikenakan tindakan disiplin oleh parti jadi minta saya buat,” katanya.

Selepas keputusan pemilihan CEC diumumkan pada 15 Disember, dengan tiada seorang pun daripada lapan calon orang Melayu dipilih, DAP mengumumkan pada 3 Januari, 19 hari selepas itu, berlaku kesilapan teknikal dalam penjadualan undi dan mengisytiharkan calon Zairil Khir Johari sebagai anggota CEC. — Bernama

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.