Calon berpotensi SPDP prihatin tentangan ketua masyarakat Mas Gading

1

BALAI RINGIN: Calon berpotensi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) bagi kerusi Parlimen Mas Gading, Anthony Nogeh ti-dak akan memandang remeh tentangan hebat yang diterima daripada ketua-ketua masyarakat di kawasan ini ke atasnya dan parti amnya.

Beliau yang ditemui selepas Majlis Penyampaian Cek Pampasan Projek Tapak Per-kampungan dan Jalan Penghubung, Serian di Melikin Oil Palm Estet dekat sini semalam tidak menafikan agak gusar perkara itu dikhuatiri men-jejaskan parti dan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, beliau yang masih memberikan tumpuan kepada kerjayanya sebagai Timbalan Pengurus Besar SALCRA meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada pimpinan tertinggi parti untuk memastikan perkara itu tidak menjejaskan mana-mana pihak.

“Saya menyedari perkara ini tetapi oleh kerana ia membabitkan soal parti, jadi adalah lebih baik saya menyerahkan kepada pimpinan tertinggi parti untuk menguruskan perkara ini.

“Buat masa ini ia bukan waktu sesuai untuk saya memberikan sebarang komen terutama membabitkan hal parti kerana tumpuan utama saya pada waktu ini adalah tanggungjawab saya dalam jabatan,” katanya ringkas.

Baru-baru ini, sekumpulan ketua-ketua masyarakat dari kawasan Mas Gading tampil membuat kenyataan terbuka tidak akan menyokong mana-mana calon SPDP yang akan bertanding di kerusi Parli-men itu.

Ini kerana, menurut mereka, SPDP tidak menghormati BN susulan pengguguran penyandang sedia ada, Datuk Dr Tiki Lafe oleh pucuk pim-pinan tertinggi parti itu.

Malah, mereka turut memberi peringatan BN kemungkinan besar akan kehilangan kerusi Parlimen itu jika ber-keras untuk menamakan calon dari SPDP (Anthony Nogeh) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Majlis anjuran ketua-ketua masyarakat itu malam kelmarin bertujuan menunjuk-kan rasa perpaduan, persaudaraan dan kerjasama komuniti Mas Gading kepada BN bukan kerana paksaan se- perti yang didakwa oleh SPDP sebelum ini.

Bagaimanapun, dalam satu majlis berasingan pada hari yang sama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi kawasan Jagoi Bratak me-nyatakan sokongan mereka kepada SPDP yang mewakili BN di kerusi Parlimen itu.