Sasaran sejuta sukarelawan jayakan My Beautiful M’sia

0

KUCHING: My Beautiful Malaysia 2013 yang diadakan serentak di seluruh negara pada 3 Februari depan menyasarkan penyertaan seramai sejuta sukarelawan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ose Murang berkata, para peserta terdiri da-ripada kalangan belia, anggota masyarakat, badan bukan ke-rajaan (NGO), agensi kerajaan dan swasta, persatuan, kelab, pelajar sekolah dan mahasiswa.

“Di Sarawak, kita menyasarkan penyertaan seramai 100,000 sukarelawan di 11 bahagian untuk terlibat dalam program My Beautiful Malaysia 2013.

“Manakala, sasaran penyertaan sukarelawan di seluruh negara pula ialah lebih sejuta orang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusi-kan mesyuarat sempena My Beautiful Malaysia 2013 di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini semalam.

Ose berkata, pada majlis pe-rasmian program itu kelak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan me-nyampaikan ucapan secara langsung di seluruh negara yang disiarkan menerusi skrin gergasi yang disediakan.

“Untuk peringkat negeri, ia diadakan di KIRC, Dewan Suarah Kuching yang dijangka disertai lebih 20,000 orang dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud,” jelasnya.

Menurutnya lagi, untuk peringkat kebangsaan, ia akan diadakan di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, Selangor.

Program itu bertujuan untuk menggalakkan amalan gotong-royong dan kerja amal di kalangan rakyat Malaysia, katanya.

Jelasnya, program itu akan bermula pada jam 7.30 pagi dan majlis pelancaran akan diada-kan pada 9 pagi melibatkan ak-tiviti membersih bandar, menanam pokok, mengecat atau membaiki bangunan, mencantikkan landskap dan beberapa aktiviti sampingan lain.

“Ini adalah program suka-rela yang menggalakkan akti-viti sukarelawan dalam kala-ngan rakyat, justeru kita menyeru agar masyarakat di negeri ini terutamanya para belia termasuk pelajar sekolah dan universiti menyertai aktiviti ini nanti,” ujarnya.