Belajar dari Sarawak, Sabah dalam isu kalimah Allah

1

KOTA SAMARAHAN: Ma-syarakat Islam di Semenanjung Malaysia perlu belajar dari Sarawak dan Sabah untuk le-bih harmoni dengan tidak terlalu tersinggung terhadap penggunaan kalimah Allah dalam Alkitab, kata Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

Ini kerana, menurut beliau, Sarawak dan Sabah dari bebe-rapa segi sudah berada jauh di hadapan dalam kehidupan bermasyarakat.

“Setakat yang saya ketahui, di Sabah dan Sarawak masya-rakat bukan Islam sudah sekian lama menggunakan kalimah Allah dan tiada rusuhan kaum yang pernah berlaku.

“Masyarakat Islam tidak pernah rasa tersinggung, jadi saya rasa kita dari Semenanjung Ma-laysia boleh belajar dari Sabah dan Sarawak untuk bagaimana hidup bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Ceramah Profesional Mengenai Hubungan Persekutuan dan Negeri di Malaysia di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, semalam.

Dalam pada itu, Shad Saleem berkata, kedua-dua pihak juga perlu duduk dan berbincang mengenai isu tersebut bagi mendapatkan penyelesaian yang lebih baik.

“Penyelesaiannya tidak mudah, tapi apabila kita bersetuju untuk menyelesaikan masalah, bila kita ada pendekatan mahu menyelesaikan masalah, pasti masalah ini dapat kita atasi,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, run-dingan kukuh diperlukan an-tara kerajaan negeri dan per-sekutuan berhubung isu peng-agihan pendapatan daripada hasil minyak.

Jelas beliau, perkara ini memerlukan sikap terbuka kedua-dua pihak bagi memelihara hubungan baik dan keharmonian yang terjalin selama ini.

“Pentadbiran kita yang berlandaskan kompromi, konsultasi dan rundingan berjalan dengan amat baik tetapi tuntutan dan cabaran baharu muncul contohnya ketidakpuasan hati dengan pengagihan pendapatan daripada hasil minyak.

“Perlembagaan memberi hak ke atas bumi di negeri, te-tapi tidak menyebut mengenai pengeluaran minyak dari luar pantai negeri serta cari gali mi-nyak di luar pantai,” katanya.

Menyentuh tentang hubungan antara persekutuan dengan negeri-negeri, Dhad Saleem berkata ia berjalan dengan baik dan harmoni pada peringkat kementerian.

“Malaysia selama ini dapat menyelesaikan banyak pertikaian dan perbezaan pendapat menerusi rundingan kerana kerajaan sekarang menguasai persekutuan dan peringkat negeri.

“Hubungan persekutuan dan negeri di mana-mana sahaja di dunia adalah sesuatu yang sukar, orang bergaduh mengenai bahasa dan air tetapi kita bernasib baik kerana semua ini telah diselesaikan secara harmoni,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak politik akan sentiasa mempengaruhi keadaan terutamanya dalam demokrasi kerana ia mempengaruhi dasar.

“Politik akan mempengaruhi tapi saya rasa politik tidak akan mengubah asas ini.

“Ini adalah negara yang pelbagai dan untuk meneruskannya seperti selama 55 tahun ini, kita perlu mendengar satu sama lain,” katanya.