Pengawal kelab malam maut ditembak

0

BUTTERWORTH: Seorang pengawal kelab malam atau ‘bouncer’ maut selepas ditembak seorang lelaki dalam satu kejadian pergaduhan di sebuahpremis perniagaan di Taman Desa Murni di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata mangsa, Fauzi Hussin, 24, ditemui maut dengan satu kesan tembakan di rusuk kiri pada jam 5.25 pagisemalam.

“Sepasukan anggota kita bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring dengansatu kesan tembakan mengenai rusuk kirinya,” katanya pada sidang akhbar disini semalam.

Katanya susulan kejadian itu polis menahan enam orang termasuk dua wanita warga Vietnam di sekitar daerah Seberang Perai Utara iaitu tidak jauh darilokasi kejadian.

“Siasatan mendapati salah seorang daripada mereka yang berusia 20 hingga 30 tahun itu merupakan perancang utama kejadian berkenaan dan polis turut menemuikelongsong peluru di tempat kejadian,” katanya.

Abdul Rahim berkata siasatan awal mendapati pergaduhan itu bermula dengan perbincangan berhubung perniagaan antara mangsa dan beberapa lelaki berkenaan sebelum ia bertukar menjadi pergaduhan apabila gagal mencapai kata sepakat.

Katanya mangsa dan suspek berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol ketika pergaduhan itu berlaku dan pihak polis turut menemui beberapa botol arak di tempat kejadian.

“Kes itu dianggap selesai selepas kita menahan enam suspek dan mereka kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat. — Bernama