Tingkat penguasaan bahasa Arab

0

AMANAT PENTING: Najib memberi ucapan dan amanat kepada pelajar dan komuniti Malaysia di Mesir semasa membuat lawatan kerja tiga hari ke Mesir di Kaherah semalam. — Gambar Bernama

KAHERAH: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pelajar Malaysia di Mesir supaya bersikap lebih terbuka dan bergaul dengan pelajar tempatan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Arab.

Perdana Menteri berkata permintaan itu adalah atas pesanan rakan sejawatannya Dr Hesham Mohamed Qandil bahawa penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar Malaysia tidak sampai ke tahap yang diperlukan dan kadar kelulusan mereka di universiti di negara itu tidak memuaskan.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama rakyat dan pelajar Malaysia di Mesir sempena lawatan kerja tiga hari ke negara itu yang berakhir semalam.

Selepas majlis itu, Najib, yang juga Menteri Kewa-ngan, akan berlepas ke Davos, Switzerland, bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia.

Semasa di Davos, katanya, beliau akan cuba menarik pelaburan luar ke Malaysia supaya ekonomi negara dapat ditingkatkan dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada graduan tempatan.

Najib juga menyentuh me-ngenai lawatannya ke Gaza, Palestin kelmarin sambil menyifatkan golongan belia di Malaysia masih bernasib baik dan mempunyai harapan untuk membina masa depan masing-masing.

Katanya beliau berbesar hati dengan lawatan kema-nusiaan ke Gaza di mana delegasi Malaysia disambut dengan penuh penghormatan oleh Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh bersama anggota kabinet Palestin.

“Saya percaya penghormatan yang diberikan kepada saya dan kerajaan Malaysia kerana mereka memandang Malaysia sebagai sebuah ne-gara Islam yang berjaya,” katanya.

Najib berkata beliau terasa terharu dengan keadaan di Gaza dan bersetuju membantu membina semula Jabatan Perdana Menteri negara itu.

Pada majlis itu, Najib me-nerima memorandum daripada pelajar Malaysia di Mesir yang meminta kerajaan mengkaji semula kadar biasiswa yang didakwa tidak cukup untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Sebelum itu, Najib meng-ucapkan takziah dan simpati kepada keluarga Chong Chung Ngen, seorang rak-yat Malaysia, yang disah-kan terbunuh dalam krisis tebusan di kompleks minyak dan gas di In Amenas, Algeria. — Bernama